Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

SAKIT LUTUT MAK DAH HILANG? NAH, INI 7 CARA HILANGKAN SAKIT LUTUT TANPA PEMBEDAHAN YANG MENYAKITKAN.

Sakit lutut secara tiba tiba memamg menyakitkan. Lagipun kita memang selalu menggunakan lutut untuk buat apa sahaja kerja kan? Untuk berlari, berjalan, solat dan sebagainya. Kalau lutut dah start sakit, semua kerja akan tertangguh. Rasa sakit tu tak payah cakaplah. Silap silap lutut mengalami kecederaan teruk hingga perlu berjumpa doktor. Sakit lutut dalam kalangan orang yang berusia dipanggil Osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebbakan penuaan yang berlaku dalam sendi. Masa ni permukaan sendi rawan makin menipis dan cecair pelincir (Synovial) dalam sendi juga mula berkurangan. Akibatnya, ruang sendi menjadi kecil di samping terdapat tulang baru yang tumbuh di kelilingnya. Pesakit osteoartritis akan merasa lega apabila sendi terbabit direhatkan dan sakit apabila sendi itu digunakan secara berlebihan. Orang muda pun boleh saja mengalami sakit lutut ni akibat dari kecederaan lutut dari bersukan mahupun mempunyai masalah berat badan.   TANDA TANDA S...

9 TIPS MUDAH DAN MURAH UNTUK MENGATASI TUMIT MEREKAH SUPAYA TAK SAKIT SEMASA BERJALAN

Pernah dulu saya alami tumit merekah. Mungkin kulit kaki agak kering dan sensitif dengan simen rumah. Mula mula hanya sedikit sahaja rekahan tapi lama kelamaan merekah tu agak dalam dan menyebabkan terasa gatal pula kat kawasan tumit yang merekah tu. Disebabkan itulah, saya mula jaga kawasan kaki dengan baik dan sapu losyen. MAsa tidur pun kadang kadang pakai stokin untuk lembapkan kulit kaki. Selain tu, pakai selipar di dalam rumah yang bersimen pun bagus untuk melindungi tapak kaki yang sensitif pada simen. Sebenarnya kulit pada tapak kaki kita ni memang jenis kering. Tak seperti kawasan kulit yang lain, kulit di bahagian tapak kaki tidak mempunyai kalenjar minyak. JAdi, kulit di tapak kaki kita ni bergantung pada kalenjar peluh untuk melembapkan kawasan kaki supaya tidak merekah. Rekahan tumit akibat tumit yang kering dan pecah pecah akan menyebabkan kita berasa sakit apabila berjalan. Walaupun kulit kering menjadi punca utama, kulit kaki merekah juga berpunca dari risiko ...

ANAK MURID SOUND CIKGU AKIBAT MUKA BERJERAGAT ? DIA AMALKAN 4 BENDA NI UNTUK HILANGKAN JERAGAT DAN KEMBALI FLAWLESS!

Jeragat atau melasma ni satu masalah kulit yang biasa terjadi kepada individu berumur 20 hingga 50 tahun. Jeragat ni boleh dilihat kalau kulit wajah ada tompok tompok kehitaman. Sebab itulah jika muda muda ni kita tak mencegah kemunculan jeragat, ia akan muncul bertompok pada kulit muka. Kulit nampak tak cantik dan perlu mekap yang tebal untuk melindungi jeragat tersebut. Perubahan kulit seperti jeragat yang bertompok tompok ni  boleh terjadi akibat beberapa faktor. Antaranya kulit yang terdedah dalam tempoh yang lama di bawah sinaran matahari. Bila lama terdedah, ia akan menyebabkan tompok coklat tu semakin besar pada kulit muka. Hal ini kerana sinaran matahari, atau lampu bilik yang terang mampu merangsang sel sel kulit untuk menghasilkan pigmen. Apabila lebihan pigmen dihasilkan,  ia akan membuatkan kesan gelap pada wajah lebih jelas. Selain itu, pengambilan pil perancang keluarga dan perubahan hormon juga akan memberi kesan pada tompokan jeragat te...

BATUK BERDARAH TAK HENTI HENTI, AKIBAT POSITIF TIBI ATAU BATUK KERING?

Sambil membelek belek artikel mengenai tibi atau batuk kering ni, saya terjumpa satu entry yang berkisarkan pengalaman penulis blog tersebut yang menghidap tibi. Jom baca kisah beliau yang dipendekkan sedikit :  --------------------------------------------- Tekak yang sudah lama berasa gatal-gatal menyebabkan aku terbatuk-batuk dengan kuatnya. Sehinggakanku menyangka bahawa aku sedang bermimpi untuk meludahkan kahak keluar. Oleh itu, keluarlah sesuatu yang disangkakan kahak yang aku ludahkan dan melelehlah ia ke atas dadaku. Masya-Allah, rupa-rupanya yang keluar itu adalah darah. Panik aku seketika dan memikirkan apakah yang perlu aku lakukan di waktu pagi begini? Walaupun cuba aku tahan untuk tidak batuk, namun ianya tidak berjaya apabila aku telah mengeluarkan bercawan-cawan darah daripada tekakku yang aku rasakan darah itu keluar daripada peparu. Hampir 5 minit juga aku sendirian batuk sambil keluar darah dengan banyaknya. Beberapa minit kemudian, aku didata...