Skip to main content

TAK PERLU MAKAN BAWANG PUTIH SEBAGAI ANTIBIOTIK JIKA DEMAM SELESAMA


Pernah kunyah bawang putih macam kita kunyah nasi? **Tak sanggup kot



Selalunya kita masak mesti akan gunakan bawang putih terutamanya untuk dijadikan bahan tumisan.

Penggunaan bawang putih dalam masakan memang tak dapat disangkal lagi. Ia dijadikan sebagai perasa dan penyedap masakan yang kita masak sehari-hari.

Bukan itu sahaja, bawang putih juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengurangkan simptom penyakit seperti mengurangkan paras kolestrol jahat, tekanan darah tinggi, paras gula tinggi dalam darah, athritis, alzheimer dan pelbagai jangkitan penyakit seperti demam, batuk dan selesama.

Sebab itulah ia dikenali sebagai antibiotik semulajadi untuk badan kita.

Yang menariknya, bawang putih mengandungi banyak sebatian yang dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan . Salah satu komponen utama dalam bawang putih adalah allicin iaitu sebatian sulfur yang terbentuk dalam bawang putih mentah selepas dipotong atau dihancurkan. Ia merupakan sumber utama sebatian bioaktif yang memberikan rasa kuat bawang putih dan membuatkan ianya berbau.

Terdapat banyak keistimewaan allicin untuk kesihatan kita.


KEISTIMEWAAN ALLICIN DALAM BAWANG PUTIH UNTUK KESIHATAN



  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

Jangan risau. Tak perlu kunyah atau gigit bawang putih untuk dapatkan antibodi tubuh yang kuat.

Shaklee kan ada Garlic Complex. Apa yang membuatkan Garlic Complex Shaklee ni istimewa?




APA PERBEZAAN GARLIC SHAKLEE?

Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA pada musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%.
( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Antara lain keistimewaan Garlic Complex Shaklee :

  • Allicin aktif 100%
  • Dwi-teknologi untuk mengawal bau bawang putih.
  • Perisa herba semulajadi terhasil dari 2 ekstrak herba iaitu rosemary & spearmint.
  • Mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif bawang putih dan keberkesananya dalam tubuh kita.Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah Î³-tocopherol.
  • 2 tablet Garlic Complex Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen iaitu bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.


MANFAAT UTAMA 


  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - selamat bagi kegunaan jangka panjang untuk meningkatkan sistem imun badan, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Mengandungi spearmint - mampu membantu dalam meningkatkan fungsi jantung serta sistem penghadaman.
  • Membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik,ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastrik.
  • Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  • Turunkan paras kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung danmenghalang strok dan penyakit koronari.
  • Membantu mencegah kanser - bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  • Stabilkan glukos - membantu stabilkan glukos dalam badan kita.
  • Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki.
  • Bantu mengawal paras gula dalam darah - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah.
  • Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada: Kerongkong & telinga (throat & ear infection),Perut memulas (stomach upset),Cirit-birit (Diarrhea),Bronkitis,Luka-luka (infected wounds),Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

CADANGAN PENGAMBILAN

  • Kesihatan biasa : 2 tablet sehari selepas makan.
  • Untuk radang dan alergi : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali
  • Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia : 2-3 kali sehari, 2 tablet setiap kali.

1 botol mengandungi 60 tablet berharga RM 47.50 sahaja. Ala, 1 tablet tu dalam RM 0.80 je. Jadi, untuk dapatkan manfaat utama bawang putih dalam Garlic Complex, bukannya mahal. 2 tablet untuk kesihatan yang optimum.

Dah tak perlu lagi antibiotik di rumah!


Sumber:
iReach file
http://www.berkeleywellness.com/supplements/herbal-supplements/article/power-garlic





Comments

  1. Salam kenal dan salam singgah... terima kasih info nya... saya amalkan pemakanan minyak bawang putih setiap hari

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...