Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

CARA ATASI MUKA BERJERAWAT TERUK SAMPAIKAN NAK TENGOK MUKA SENDIRI PUN RASA DOWN

Sesiapa yang pernah mengalami kulit muka berjerawat teruk,pasti faham apa yang Sya maksudkan. Bila kita ada mengalami kulit sensitif dan alah pada produk tertentu, insyallah timbullah segala kesan-kesan yang menghodohkan pada kulit muka. Mungkin kita akan hadapi kulit muka kering ataupun muka berjerawat. Kulit muka kering, boleh lagi kita bertahan. Ihsan Google Tapi kalau muka berjerawat dan berparut, lepas tu kemerah-merahan  even bukan di bawah terik matahari, itu memang tak boleh dimaafkan. Dah tiada masa nak menjerit-jerit di hadapan cermin jika nampak berbutir-butir jerawat di muka. Dan, tolonglah jangan menggatal nak picit jerawat tu. Bukan setakat 7 tahun, entah-entah 10 tahun pun tak tentu muka akan kembali gojes. huahuahau Beb..jangan sampai suami tegur ,baru nak terhegeh-hegeh cari solusi.. Kalau sayang suami, kenalah pandai jaga kesihatan luaran dan dalaman diri kan..Kalau tiada suami sekalipun, takkan kita nak tengok je muka tu hodoh? Video ni salah ...

GIVEAWAY BY ENY ABDULLAH - KOMEN BANYAK-BANYAK , SHARE BANYAK-BANYAK

Untuk tahun ni, ini kali pertama Sya join GA dari mana-mana blogger.. So,  Sya decide nak join GA dari blogger Eny Abdullah . Mana tau, boleh menang kan. Kalau tak menang pun, boleh tambah kenalan baru di samping naikkan trafik. :) Nak join? Caranya senang je. Click JOIN GIVEAWAY ..... 1. Follow Cooking & Photography Blog  Eny Abdullah  - http://enyyusnizar.blogspot.com/  2. Like  Facebook page Eny Abdullah 3. Follow  Instagram Eny Abdullah  -  Jom sama-sama join! :)

IBU PANIK TAK CUKUP STOK SUSU UNTUK DIBERI PADA ANAK HINGGAKAN ANAK MENANGIS KELAPARAN

Stress dan panik bila stok susu badan tak mencukupi! Plan nak anak berikan penyusuan eksklusif selama 2 tahun pada anak. Tapi, apakan daya bila stress semua tak jadi. Apa solusinya? Hanya eksklusif buat  Untuk Mak-Mak Yang Sayangkan Anak Sahaja

ASID FOLIK DAN FOLAT BUKAN SEKADAR UNTUK KESUBURAN DAN KEHAMILAN SEMATA-MATA

Asid Folik dan Folat Bukan sekadar untuk kesuburan dan kehamilan semata-mata : Perbezaan dan kepentingan asid folik dan folat  Selalu kita dengar bahawa Asid Folik atau folat bagus diamalkan oleh wanita yang ingin hamil mahupun yang sedang hamil. Walaubagaimanapun, ia sebenarnya bagus untuk semua golongan dan diambil mengikut dos yang diperlukan oleh badan. Yang paling ketara adalah Asid folik atau folat    penting untuk perkembangan tulang belakang bayi, otak dan tengkorak semasa minggu awal kehamilan. Asid folik telah terbukti membantu mengurangkan risiko NTDs ( Neural Tube Defect) sebanyak 70% jika diambil sebelum mengandung dan juga telah dapat mengurangkan risiko kecacatan kelahiran lain termasuk lelangit rekah dan hati yang tidak normal. Apa itu Asid Folik atau Folat Folat dan Asid folik adalah istilah yang berlainan untuk kategori Vitamin B.  Folat boleh didapati secara semula jadi dalam makanan manakala asid folik boleh didapati dalam ...

CUTI CUTI MALAYSIA DI CAMERON HIGHLAND SETAKAT 2 HARI 1 MALAM YANG BERGERIMIS

Hujan. Kelmarin, 16hb  sehari suntuk hujan dan gerimis di Cameron Highlands. Hari Isnin petang selepas waktu kerja, kami sekeluarga bertolak ke Cameron. 1st time bertolak waktu petang dan Jalan Duta memang jem waktu 5 ke atas.Sampailah ke exit Rawang, baru kenderaan mulai surut. Dengan penutupan jalan untuk pembaikan dan adanya kemalangan, semua tu buatkan highway tak pernah surut dengan manusia-manusia yang nak melihat kawasan kemalangan. Bab ni orang kita memang bagus huhu. Sampainya ke exit Tapah, memang dah malam. Lebih kurang 7 lebih. Kebetulan ayah mentua yang bawa kereta pada masa tu. Sya memang tabik spring dengan ayah mentua. Dia bawa kereta memang laju dan cekap di area berbelok-belok tu. Kepala Sya dah pening, tunggu masa nak muntah je. Sabar je la. hahah. Credit : Google Kami sampai ke Nova Resort and Residence dalam 10 lebih, terus kami rehat dan berborak.Dengan cuaca yang sejuk dan hujan rintik-rintik, itu mata pun dah makin kecil.Apa-apa aktivit...

YES : PROMOSI COLLAGEN POWDER SHAKLEE UNTUK MEREKA YANG TAKNAK NAMPAK TUA DI SISI SUAMI

YES : PROMOSI COLLAGEN POWDER SHAKLEE (SCP) SELAIN DARI PROMO VITAMIN C DAN E UNTUK AWET MUDA DAN TAKNAK NAMPAK TUA DI SISI SUAMI! Tak sangka YES kali ini berganda dengan promo SCP selain dari Vitamin C dan E. Siapa yang tak teruja kerana ketiga-tiga promo ni sangat berkaitan dengan kecantikan dan keserian kulit. Buat pencinta SCP dan pencinta kulit cantik,sihat dan gebu sampaikan suami tak terlirik mata tu, promo untuk SCP bermula pada 10 Disember hinggalah akhir tahun ni pada 11.59 pm 31 Disember. Dan selepas itu, pengeluaran SCP akan dihentikan buat sementara waktu selama hampir setahun! Jadi, better grab sekarang sebelum hati gundah gulana tak dapat minum SCP... :) YES : Shaklee Collagen Powder Beli 3 Percuma 1 Nyahkan suntikan botox dan krim sapuan yang bersifat sementara! Kita akan selalu kaitkan kolagen dengan kulit..Apa kaitannya? Apakah itu kolagen? Seiring dengan usia, kolagen juga akan mula berkurangan dan ini menyebabkan struktur kulit kita mula...

MOTHER-TO-BE : HAMIL KALI PERTAMA TAPI KELIRU DENGAN TANDA-TANDA KEHAMILAN

Alhamdulillah! Itu sahaja perkataan yang mampu diucapkan bila mendapat tahu mengenai kehamilan ini. Rezeki dari Allah.  Ihsan Google Buat yang pertama kali hamil, semestinya teruja jika mendapat khabar gembira ini. Yelah, sekian lama menunggu ( 6 bulan pun dah rasa lama ) baru dikhabarkan mengenai kehamilan pertama. Siapa yang tak rasa macam nak meloncat-loncat dan tak sabar nak menelefon keluarga kan? Tapi, buat yang pertama kali hamil, akan keliru dengan tanda-tanda kehamilan. Tanda yang jelas adalah kita dah lama tak datang haid. Selain itu, ada lagi beberapa tanda yang menunjukkan kita berkemungkinan hamil. TANDA TANDA KEHAMILAN LOYA DAN MUNTAH Ihsan Google Perkara ni biasa dialami oleh wanita hamil. Sesetengah dari mereka akan mulai rasa morning sickness seperti loya,muntah,dan hilang selera makan pada waktu pagi dan adakalanya berlanjutan sepanjang hari.Biasanya morning sickness ni terjadi pada awal kehamilan yang mungkin memakan masa...

BERGEDIL TAUHU YANG SEDAP DAN MUDAH DIBUAT SAMPAIKAN MULUT TAK BERHENTI NAK MENGUNYAH

Kadang kadang ada masanya sa ya memang blur nak masak apa untuk suami.. Bila jarang masak, sesekali tu nak juga try masak masakan yang simple tapi sedap untuk dia kan.. Asyik makan masakan yang sama, memang boring kalau makanan tu bukan makanan favourite kita :') Oleh sebab itu, saya mulalah check dalam buku resipi favourite saya dari Chef Hanieliza iaitu 1 HARI 1 RESIPI yang memuatkan 365 resipi ringkas dan sedap untuk dicuba.Dan buku resipi ni memang sold out dan edisi terbaru mengandungi bonus 30 resipi tambahan. Dalam fikiran memang banyak resipi nak dibuat tapi akhirnya saya pilih resipi yang ringkas dan tak perlukan banyak masa untuk disiapkan. BERGEDIL TAUHU YANG MUDAH DAN MURAH! saya dah banyak olah dari resipi asal. Main campak-campak je bahan ikut suka hati hehe. Kalau tengok bergedel tauhu saya tu dah macam cucur udang pulak ;) Tak berapa nak bergedil di situ. Selalunya bergedil lebih bulat dan leper kan. Well, ikut kesukaan ma...

NAIK TANGGA BOLEH MEMBAKAR KALORI LEBIH CEPAT DARI BERJALAN KAKI DAN BERJOGING

Berbalik kepada kisah lif tiba-tiba tidak dapat beroperasi  dan tersekat hujung November lepas, sehingga sekarang kami terpaksa menggunakan tangga untuk naik turun pergi ke mana sahaja. Penat dan tercungap hingga hari ke-3. Muka pun boleh pucat dan bersandar sekejap di kerusi untuk menarik nafas. Nasib baik kaki tak cramp. Ni mesti penangan Vitalea iaitu Multivitamin terbaik dari Shaklee. Kalau makan Ostematrix iaitu supplement kalsium, entah-entah boleh berlari naik tangga kan.Ewaahh. Okey memandangkan dah hampir 3 minggu kami naik turun tangga, itu tak dikira turun naik untuk ke department lain, agak-agak berapa kalori mampu terbakar dari badan kami yang berlemak ni? Tangga yang Sya kena naik Nota di tingkat bawah sebelum kami naik tangga. Ini kenyataan dari HealthyLiving  ( credit )  : 'Climbing stairs by walking up them burns 563 calories per hour in 155-pound people (70.3kg) , according to the Wisconsin report. This is the same am...

PEKENA CENDOL SEDAP SAMPAI TAK TERTOLEH KEPALA

Alahai sedapnya pekena cendol time cuaca panas kan?  Buat minum petang pun memang syok. Rasa sejuk je tekak ni. Manis manis dan berlemak di dalam mulut. Cendol faveret Sya di Nilai Sya sukakan rasa lemak manis cendol ni yang selalu Sya makan di Nilai.Sesuai dengan citarasa. Lagipun pulut cendol ni just nice je.Tak keras dan tak lembut. Cendol hijau tu pulak tak keras. Kemungkinan besar si penjual buat sendiri cendol ni. Lembut dan sedap.  Ada lagi satu yang famous iaitu Cendol Bakar di area Kota Warisan. Khabarnya sedap tapi Sya tak pernah cuba lagi. Dulu pernah cuba Cendol Leman Dawi, sedap jugak. Tapi sekarang dah lama tak jejak ke sana. Nilai 3 pun ada cendol yang sedap, itu kata blogger lain la. Ada mana-mana lagi tak cendol yang sedap area Putrajaya,Cyberjaya,Seremban, Nilai, atau Bangi? Atau kawasan lain di tempat korang? Jom list kan nama tempat cendol yang marveles tuuu...! Rasa nak cuba pula di tempat lain. :) 'THE GREATEST WEA...