Skip to main content

Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Assalam..

Rabu lepas sya pi ke Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9.Ini semua semata2 nak buat Ujian HIV sebelum nak kahwin. Keputusan saringan ni mmg jadi salah satu prosedur sebelum hangpa nak bernikah.DAn jangan lupa mmg kene ada tandatangan dari pegawai perubatan kerajaan.

Sebelum pi ke klinik ni, sya ada jugak buat call utk tanya kot2 ada temujanji ke apa kan.Sebab sya ada baca dari blog ex B2B yang ada klinik mmg perlu buat temujanji bagai. Dan ada hari dan waktu tertentu yang dorang khaskan untuk sesiapa yang nak buat ujian ni. Tapi KK Presint 9 dan KK Salak tak perlu nak buat temujanji,bole terus redah jek.No limit.Cuma kat KK salak nurse cadangkan supaya tak pergi waktu petang.tak tahuka kenapa.Mungkin nampak tergesa2 kot nanti. Son sya pilih KK Putrajaya Presint 9.

Kalo diikutkan, KK Putrajaya ni agak jauh sikit dr rumah sya.Paling dekat KK Salak dan KK Nilai tapi 2 buah klinik ni mmg sesak dengan pesakit & baby.Lambat sikit je,mmg penuh la gamaknya dalam klinik tu.
So,sya decide ke KK Putrajaya Presint 9 sbb selepas tu bole la mengular pi ALamanda ke kan hehihihu.Pandai x?

Okay.enough. Borang ujian saringan HIV sya ambil dan isi di klinik je. I dunno bout other clinics and state tapi negeri selangor tak memerlukan B2B ambil borang kat pejabat agama.Kalo rasa waswas,bole kol  pejabat agama samada nak kene ambil borang di sana atau di klinik sahaja.Lagi mudah...


* hanya bayar RM 1 untuk buat ujian ni.Dan mungkin berbeza mengikut negeri *

* Lepas dah daftar, tunggu no.dipanggil.Dan masa ni la, orang kaunter akan bagi borang ujian saringan hiv dan terangkan dimana patut kita tunggu utk buat test *

Masa staff di kaunter terangkan potpetpotpet kat mana sya patut pergi,seyes pening.Sbb sya 1st time pergi klinik kerajaan semata2 untuk diri sendiri. Bila diminta pergi ke bilik sekian sekian di ruang sekian sekian dengan tak pakai cermin mata (oh daku rabun sebenarnya) mmg gelabah la kan.Mata pun dok jadik kecik besar kecik besar nak pandang papan tanda.Bila dah jumpa,terus sya kasik borang yang dah siap diisi dan no giliran pada nurse.Tunggu je nurse tu panggil nama.Masa ni tak ramai org menunggu so mmg bestla kan.
Bila time turn sya dipanggil, nampakla si nurse keluarkan hiv test kit dan mula cucuk di ujung jari manis sya.Oucchhh!! (tu bunyi dari dalam hati hihi).

' Eh kenapa tangan awk menggeletar?' si nurse tanya.

' Mana sy tahu..', jawab daku.

' Takkan tak tahu?' 'Mungkin sebab saya nervous kot'. 'Selalu ke jadi macam ni?' 'Selalu jugak terutamanya bila neves dgn tmpat dan org yg x biasa.Maybe.nape nurse? 'Selalunya ni tanda2 ada tiroid'

Whahaaaaatttttttttt???sya terkejut bila nurse cakap mcm tu.Dan dia kata selalunya pesakit tiroid ada tanda2 mcm tu.Dan disuruhnya sya buat test tp di waktu yang lain la sebab dorang tak buat ujian selain dr hiv masa ni. Hokalohhh ..

Bila dah ok, sya bawak borang tu ke Ruang 'A' untuk dianalisis ole pegawai perubatan. Kat no giliran tu ada satu barcode,so sya scan barcode tu utk tentukan giliran sya dapatkan pengesahan.Rasanya tak la lama sangat menunggu,tuptup sya dah dapat balik borang tu.

* kalo 'non reaktif ' maksudnya no hiv la,negative..hihi yess!alhamdulillah.Kesan darah merata2 kat borang aduiyaiii*

So,bila dah dapat borang ni balik,korang kene jaga elok2 sbb borang ni akan jadi bukti untuk permohonan perkahwinan...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Info dari JAIS :


INDIVIDU YANG PERLU MENJALANI UJIAN HIV
1. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin di Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

2. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin Negeri Selangor Tetapi Ingin Berkahwin Di Luar Negeri Selangor.
(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

3. Pengecualian akan diberikan kepada individu yang telah menjalani ujian tersebut di Negeri, Johor, Melaka dan Pahang, dengan syarat individu tersebut perlu mengemukakan laporan ujian tersebut.

4. Pasangan Yang Ingin Mendaftarkan Perkahwinan Setelah Berkahwin di Luar Negeri.
(Permohonan Mendaftar Perkahwinan Sek 31,33,40 (2) dan 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

Sekiranya salah seorang pasangan berasal dari negeri selain daripada Negeri Selangor, Johor, Melaka dan Pahang, maka individu tersebut akan diberi pilihan seperti berikut :

i. Pemohon hadir ke Negeri Selangor untuk menjalani ujian tersebut seperti biasa, atau ;

ii. Pemohon mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Negeri Selangor dan membuat ujian tersebut di Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri mereka dengan menanggung segala kos yang telah ditetapkan oleh pihak klinik.

*** Pemohon boleh mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan seluruh Selangor.



  • Tempat menjalani ujian HIV : Hanya Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA.
  • Tempoh Sah laku : 6 bulan dari tarikh ujian
 Bole tgk link ni untuk senarai pejabat agama seluruh Selangor dan klinik yang buat ujian HIV:

http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=140 



Sekian... ---dariKacaMata Syiraishak--

Comments

Popular posts from this blog

CARA MERAWAT APENDIKS SUPAYA CEPAT SIHAT TANPA PERLU PEMBEDAHAN KALI KEDUA

K a dang kadang kalau sakit perut je, kita akan abaikan sahaja sakit tu. Makan ubat dan terus tidur. Alah, sakit perut biasa je ka n. T a pi, kalau anda sememangnya ada ap endiks tanpa dikesan awal ,ia juga boleh menyebabkan radang apendiks dimana anda akan rasa sakit perut secara tiba tiba. Radang apendiks ni boleh terjadi apabila apendiks tu bengkak dan bernanah. Kecil je apendiks ni. Lebih kurang besar jari je dan macam bahagian terjulur dalam abdomen. Anda akan rasa sakit selama beberapa jam dan boleh menjadi semakin teruk jika tidak terus ke hospital dan mendapatkan rawatan. TANDA TANDA RADANG APENDIKS Kadangkala, pesakit radang apendiks akan mengalami beberapa tanda yang sama seperti loya, muntah dan sakit teruk di bahagian bawah abdomen. Selepas beberapa jam, rasa loya akan hilang dan bahagian kanan abdomen pula akan rasa sakit. Selain itu, anda akan mengalami demam panas juga. Paling memburukkan keadaan, jika apendiks tu pecah, anda akan mengalami demam d...

7 TIPS MUDAH DAN BERKESAN HILANGKAN KAYAP SUPAYA TAK TERKENA KALI KE-2 HINGGA MENINGGALKAN PARUT HODOH

Sesiapa yang pernah menghidapi cacar air akan mendapat kayap akibat virus yang ada dalam sistem saraf! Kena percaya tau! Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu  virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita tau. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah. Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit tau.. Kalau nak tahu tanda tanda kayap ni kurang jelas sebenarnya. Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 30 hari untuk bebas sepenuhnya dari kayap ...

7 MAKANAN YANG PATUT ELAK JIKA ADA MASALAH PANAU SUPAYA TIDAK MELARAT HINGGA KE SELURUH BADAN

Wajah yang cantik dan bersih dari cela memang menjadi idaman sesiapa sahaja terutamanya wanita. Namun begitu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai penyakit kulit yang boleh mencacatkan penampilan mereka. Salah satu masalah kulit yang sangat merisaukan wanita adalah panau. Panau atau Tinea Versicolor ni sebernarnya merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari Genus Malassezia.  Masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutamanya individu yang mempunyai kulit berminyak, berpeluh dengan kerap atau banyak, mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tinggal di iklim tropika atau subtropika. Individu yang mempunyai masalah panau akan mempunyai tompok tompok seperti putih, merah jampu atau tompok gelap pada kulit. Masalah panau ini merunsingkan sesiapa sahaja. Individu yang mendapat panau akan memiliki kulit bertompok tidak sekata samaa pada wajah, dada, lengan, perut dan lain lain bahagian tubuh. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ke...