Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

RESIPI BROWNIES KEDUT YANG SEDAP & OHSEM! RASA NAK MENANGIS KALAU TAK CUBA!

Selamat Hari Raya Aidiladha! Sehari sebelum raya, saya still bekerja lagi hingga malam. Tapi, otak ni bukannya ingat kerja pun. Tengah plan apa nak masak esok. Nak buat muffin, donat atau brownies kedut? Tapi, sejak dua menjak ni, saya dah try godek godek resipi. Resipi brownies kedut dari Kak Afzan ni jadi pilihan sebab ramai betul yang share dan juga  bagi feedback yang oh-sem! Kalau macam tu, konfem sedap kan? Harga brownies kedut pun bukannya murah sekarang tapi kalau dapat buat sendiri memang best! Mana tau boleh buat food delivery ke kan ? hiksss Disebabkan malas nak godek di FB di kemudian hari, saya tempek kat sini supaya mudah untuk dirujuk pada masa depan. Moga Kak Afzan lebih sukses dengan bisnes dia di masa akan datang bila ramai yang share dan buat resipi ni.. Aminnnn ------------------------------------------------------------------------------------------------ Resipi asal : Afzan Mohd (c&p sebijik dalam resipi beliau) Bahan 1: ...

FOOD DELIVERY HANYA UNTUK SI PEMALAS YANG TAKNAK DRIVE MEMBELI MAKANAN?

Siapa setuju? Hiks. For me, saya suka food delivery sebab saya bosan nak keluar cari makanan di restoran area Nilai untuk makan tengahari dan makan malam especially bila tengah overtime. Bila overtime, lagi lah tak boleh keluar untuk beli makanan. Pernah dulu saya dan partner order Pizza Hut Delivery semata-mata lapar semasa overtime. Tapi sampai bila kan nak order pizza seminggu sekali. Maunya ranap duit, lagipun pizza dah mahal sekarang :'( Tapi kan,Serious! Kadang-kadang sampai tak tahu nak makan apa dan nak pergi mana untuk membeli makanan. (padahal tau je kat nilai banyak gerai) Bukan sebab malas nak drive tau! :) Apetah lagi bila cuaca panas dan berjerebu sejak beberapa minggu lepas, lagi kerap saya berminat nak order dari insan-insan terpilih yang rajin buat food delivery. Di samping menjaga kesihatan dari terdedah dengan udara yang kurang sihat, kita kenalah support bisnes sesama bumiputra kan? Lagi satu, food delivery kecil-kecilan ni juga bergantung pada...

TIPS & TUTORIAL

Tips Cantik & Sihat 1. Tips Cantik & Awet Muda 2.  Tips Kurus I 3.  Tips Elak Jerawat 4. Tips No Mata Panda 5. Tips Untuk Si Insomnia 6. Tips Simple Berhenti Merokok Yang Semua Orang Tahu 7. Tips Menghilangkan Senggugut Sebelum Jadi Teruk 8. Tips Makan Semasa Bulan Puasa 9. Tips Jaga Mata Agar Kekal Cantik 10. Tips Perut KEmpis Tanpa Senaman 11. Tips Melancarkan Haid 12. Tips Kulit Cantik Semasa Jerebu 13.  Tips Cantik Untuk Si Kulit Berminyak Dan Berjerawat Tutorial Mekap 1.  Mekap Mata Yang CAntik dan Simple

TIPS KULIT CANTIK DAN SIHAT SEMASA JEREBU SUPAYA TAK NAMPAK KUSAM

Nampaknya sejak semalam dah start hujan di beberapa tempat kan? Alhamdulillah kuranglah sikit jerebu di kawasan Nilai ni. Bila jerebu mula berleluasa, banyak pula serangan penyakit yang kita dengar dan penuh klinik dengan sekumpulan manusia yang sakit seperti batuk, sakit mata, sukar bernafas, sakit dada dan sebagainya. Kredit : Ahmad Junaidi Tapi, bayangkanlah ya. Kalau jerebu ni berlanjutan hingga jangka masa panjang, apa akan jadi pada kesihatan kita? Kesihatan kulit kita tak efek ke? Kulit pun macam organ lain juga yang perlukan udara yanng bersih dan segar. KAlau tak dijaga dengan baik, kulit korang akan mudah kusam, kering dan sensitif. Apetah lagi jika korang ada masalah kulit seperti jerawat dan alahan. Tiada siapa nak kulit jadi kusam dan tak bermaya kan? Jangan jadi hodoh walaupun kita tak secantik mana. Tapi, kesihatan kulit tetap kena jaga supaya tak nampak tua sebelum waktunya. Ada beberapa cara untuk pastikan kulit korang kekal sihat semasa negara kita m...

CARA KUATKAN ANTIBODI BADAN TANPA UBAT SINTETIK SEMASA JEREBU

Cuaca panas dan berjerebu ketika ini memberi kesan negatif pada kesihatan diri kita dan keluarga.  Apabila kita kebal dengan sebarang perubahan cuaca,persekitaran atau dalam mempertahankan diri daripada jangkitan penyebaran virus atau bakteria penyakit, itu membuktikan kawalan sistem imunisasi badan kita sememangnya kuat dan berdaya tahan.. Walaupun begitu, apabila kita kekurangan nutrisi ia mampu memberikan ketidaktahanan badan pada rintangan penyakit. Oleh sebab itu, ramai yang cuba mencari jalan penyelesaian untuk menguatkan antibodi badan samada melalui ubat sintetik atau cara semulajadi. KESAN JEREBU PADA KESIHATAN Bila kita terdedah dengan cuaca jerebu dalam jangka masa panjang, korang akan dapati beberapa tanda-tanda yang menyebabkan kesihatan mula merosot . Antaranya : Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas. Mata terasa pedih dan berair. Hidung berair dan kerap bersin. Iritasi kulit. Te...

PENCUCI PINGGAN YANG CEPAT MENANGGALKAN KOTORAN DAN LEMBUT PADA TANGAN

Saja nak kongsi info mengenai pencuci pinggan mangkuk yang saya dan keluarga gunakan sekarang. Kami merupakan pengguna setia jenama Sunlight disebabkan emak saya sememangnya mempunyai masalah kulit tangan sensitf. Setiap kali mencuci pinggan mangkuk, mesti wajib ada Sunlight. Tidak boleh tidak. Asal ada promosi je, kami memang akan memborong Sunlight hingga 4-5 botol sekaligus disebabkan harganya yang semakin meningkat sekarang. Cuma satu hari, emak saya diperkenalkan dengan pencuci pinggan Hand Dish Wash yang neutral ni sebagai pengganti Sunlight. Nak tahu juga kan sejauhmana keberkesanan pencuci pinggan shaklee pada kulit tangan emak yang sangat sensitif pada bahan pencuci. Sebelum itu, saya kongsi dulu kebaikan pencuci pinggan ini. Antaranya :  Lembut pada tangan Rumusan berasaskan dari tumbuh tumbuhan yang semulajadi Buih sabun yang tahan lebih lama dan pekat Pinggan mangkuk lebih bersih tanpa kesan berminyak Hanya menggunakan beberapa titis Dish Wash da...

PENCUCI AJAIB, TAK GUNA MEMANG BOLEH ANGAU HINGGA KERJA RUMAH TERBENGKALAI

Entry tertunda nampaknya kali ni... Selalu saya lupa untuk guna pencuci ajaib ni setiap kali ada masalah di dapur. Apa sahaja kotoran yang melekat di dinding putih atau lantai, senang je nak dibersihkan tanpa perlu disental kuat. Itu paling best bila gunakan pencuci ajaib ni dan tak sah kalau tak guna pencuci ajaib untuk kegunaan rumah saya. Kalau tak, memang terbengkalai la kerja rumah. Macam emak saya pula , dia sukakan pencuci ajaib ni sebab pencuci ni tidak menyebabkan alahan kulit pada mereka yang mempunyai kulit sensitif. Maksudnya, kulit tak mudah menipis apetah lagi merengsakan. Jadi, pencuci ajaib ni sesuai untuk semua jenis kulit tau. Jadi, apa yang bagusnya PENCUCI AJAIB ni hingga mampu membuatkan wanita seperti saya angau dan jika tak guna mampu menyebabkan kerja rumah terbengkalai? Basically ianya adalah pencuci serbaguna .. Pencuci ni  tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, be...