Pernah terlihat iklan ketiak di kaca TV? Ada iklan memaparkan penggunaan deodoran yang mampu menyelesaikan masalah ketiak hitam ni. Tapi, jika model memang tiada masalah kulit seperti ketiak hitam, perlu ke promote deodoran sebegitu? Cuba ambil model yang memang sah sah mempunyai masalah ketiak hitam. Bila berkesan sesuatu produk, barulah jualan akan meningkat tanpa banyak mulut yang berbunyi. (Padahal itu hanya strategi mengambil model yang cantik untuk melariskan produk) Masalah ketiak hitam ni boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Paling terkesan mungkin wanita yang kerap memakai baju tanpa lengan. Betul kan? Wajah cantik tapi bila lengan diangkat, mulalah kelihatan warna kehitaman di ketiak. Ia secara tidak langsung akan mengundang kata kata sinis mengatakan kita tidak pandai jaga kecantikan kulit. Begitu juga dengan sang isteri yang mengalami masalah sebegini. Sanggup lihat wajah kegelian suami bila terpandangkan masalah yang nan satu ini? Mesti malu kan...